Ahlan Wasahlan ! Selamat Datang ke Blog SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG. Terima Kasih atas kunjungan anda. Kunjungan anda amat bermakna buat kami :)

Selamat Datang Pengetua Baru

Pada tanggal 19 Disember 2012 secara rasminya Sekolah Agama Menengah Rawang telah menerima seorang pengetua baru iaitu Tuan Haji Mohd Zainul Arifien bin Mohd Jaid yang merupakan bekas pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River , Perak . Ahlan wa sahlan ya ustaz ! Moga dengan kehadiran tuan pengetua ke SAMER ini boleh menjadikan SAMER sebuah sekolah yang gah di negeri Selangor , InsyaAllah . Tuan Pengetua juga boleh memberi nafas baru kepada pelajar SAMER untuk terus berusaha dan menempah kejayaan demi SAMER tercinta . Selamat Bertugas !


Walaubagaimanapun , Puan Romziah akan tetap dihati kami . Jasa beliau tiada tolok bandingnya . Moga Puan Pengetua akan sentiasa di bawah redha dan rahmat dari-Nya . Beliau kini sedang bertugas di SAM Sg Manggis di Banting juga sebagai pengetua . Kami disini akan selalu merindui gelak tawa ustazah . Semoga kita berjumpa lagi !