Ahlan Wasahlan ! Selamat Datang ke Blog SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG. Terima Kasih atas kunjungan anda. Kunjungan anda amat bermakna buat kami :)

SELAMAT MAJU JAYA LEGASI 24 !

Pada 14 November 2011 telah bermulanya titik perjuangan bagi tingkatan 5 . Setelah lima tahun mereka berhempas - pulas dalam mengejar target masing - masing , dan tibalah saat - saat yang amat dinantikan iaitu peperiksaan yang akan menentukan hala tuju masing - masing pada masa akan datang . Seramai 110 calon SPM akan bersama -sama di dalam dewan besar Umar Abdul Aziz untuk menghadapi peperiksaan dan menghadiahkan kejayaan buat ayahbonda tercinta . Buat LEGASI 24 , SELAMAT MAJU JAYA DALAM PEPERIKSAAN SPM dan semoga kalian akan bersama - sama menangis kegembiraan tika keputusan peperiksaan diambil . Pesanan dari ADMIN ,

" Biarkan ibu dan ayahmu menangis kegembiraan ..
jangan biarkan ibu dan ayahmu menangis kesedihan .. "

" Usaha dan doa sehingga ke titisan terakhir ! "




NADWAH KEPIMPINAN ISLAM 2011

Pada 11 - 13 November 2011 telah diadakan Nadwah Kepimpinan Islam yang pertama di peringkat sekolah . Nadwah ini telah disertai oleh badan - badan kepimpinan pelajar di sekolah dan di asrama iaitu seramai 60 pelajar lelaki dan 60 pelajar perempuan . Nadwah ini juga dibantu oleh barisan fasilitator daripada kalangan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya . Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk mencungkil bakat - bakat pemimpin SAMER seperti kuliah lima minit ( KULIM ) , pidato spontan , teknik pengucapan awam dan sebagaimya . Syabas dan tahniah diucapkan kepada para guru - guru , pelajar mahupun barisan fasilitator kerana telah menjayakan program Nadwah Kepimpinan Islam pada tahun 2011 . Tahniah juga buat Muhd Farid bin Yahaya dan Ummu Aiman bt Hj Hussin yang telah dinobatkan sebagai pemimpin terbaik . Ucapan ribuan terima kasih kepada Muhd Syahir Hakimi dan Nur Aziatulliyana selaku khalif dan khalifah sewaktu nadwah dijalankan . Semoga barisan - barisan kepimpinan pada tahun 2011 / 2012 akan lebih bersemangat , berdedikasi dan mampu menjadi barisan pemimpin yang dihormati dan disegani para pelajar.
















MAJLIS PENGHARGAAN ASRAMA 2011

Setiap tahun, Asrama Sekolah Agama Menengah Rawang pasti akan mengadakan Majlis Penghargaan Asrama bagi menghargai jasa-jasa dan pengorbanan warden-warden, exco asrama dan pelajar tingkatan lima yang telah berkorban masa dan tenaga bagi memastikan pelajar-pelajar SAMER ini berada dalam keadaan selamat ketika berada di asrama. Pada tahun ini, MPA telah diadakan pada 22 Oktober 2011 iaitu pada hari Sabtu. Majlis yang gilang-gemilang ini telah dilangsungkan di Dewan Besar Umar Abdul Aziz dengan bertemakan 'EPILOG MOMENTO'. Pelbagai acara telah diadakan antaranya persembahan dikir barat daripada pelajar tingkatan 3 lelaki dan persembahan pentomin daripada pelajar tingkatan 3 perempuan.














KEM LEGASI ILMU

Berlalu sudah Kem SMA, kini giliran Kem Legasi Ilmu bagi pelajar tingkatan 5. Kem ini telah diadakan selama 4 hari 3 malam bermula 17 Oktober 2011. Para pelajar telah berkampung di Kem Heritage, Ulu Yam. Kem ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk lebih memahami sesuatu pelajaran dengan lebih mendalam. Di sana, mereka dapat belajar secara berkumpulan dan bertukar-tukar pendapat antara mereka. Peperiksaan SPM yang sbenar akan berlangsung pada 14 November 2011.Diharapkan semua pelajar tingkatan 5 mendapat kejayaan cemerlang.











KEM AYUH PAKAT SMA 2011

Pada 7 Oktober 2011 yang lalu, pelajar tingkatan 4 telah menyertai satu kem yang dilangsungkan di Kem The Woods Resort, Ulu Yam. Tujuan kem ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar menumpukan perhatian bagi matapelajaran al-azhar kerana pelajar tingkatan 4 akan menduduki SMA pada 24 Oktober. Kem ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam. Semoga pelajar tingkatan 4 lulus dengan cemerlangnya dalam SMA.