Ahlan Wasahlan ! Selamat Datang ke Blog SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG. Terima Kasih atas kunjungan anda. Kunjungan anda amat bermakna buat kami :)

Program Sambutan Maulidur Rasul

PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1413H

SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG

TARIKH : 24 FEBRUARI 2010

HARI : RABU

TEMA : RASULLULLAH SEBAGAI QUDWAH HASANAH

Pada 24 Februari 2010,Sekolah Agama Mennengah Rawang telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah dengan penuh gilang-gemilangnya. SAmbutan dimulakan dengan perarakan daripada semua pelajara Sekolah Agama Menengah Rawang beserta alunan selawat dan sepanduk-sepanduk indah yang disediakan sendiri oleh para pelajar. Selepas sesi penyampaian hadiah serta sumbangan, sambutan diteruskan dengan ceramah maulidur rasul yang disampaikan oleh penceramah jemputan.Sambutan Maulidur Rasul 2010 berjalan dengan lancar dan kemas atas kerjasama serta komitmen penuh dari semua pihak.Diharapkan Sambutan Maulidur Rasul pada tahun-tahun akan datng lebih meriah dan memberi kesan mendalam kepada semua warga SAMER khususnya.

Pelancaran Program Usrah SAMER 2010

Pada 26 Januari bersamaan hari jumaat,telah diadakan sebuah perhimpunan khas bagi menjayakan Pelancaran Program Usrah peringkat Sekolah 2010.Usrah sekolah akan dilaksanakn secara mingguan pada setiap hari Jumaat dan akan diselangselikan dengan program Mentor Mentee anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SAMER. Usrah sekolah akan dibahagikan kepada 4 Kategori iaitu :
  • Usrah Guru Lelaki
  • Usrah Guru Perempuan
  • Usrah Pelajar Lelaki
  • Usrah Pelajar Perempuan
Majlis pelancaran dimulakan dengan simbolik penyerahan Al-Quran yang dijayakan oleh Pengetua SAMER, Pn. Siti Romziah bt Madong. Majlis diteruskan dengan bacaan surah Al-Fath,ayat 1-10 oleh Ustaz Mohd Afifi b. Ghazali. Akhirnya majlis ditamatkan dengan simbolik penyerahan Fail Nuqaba kepada wakil nuqaba dari setiap kategori.














































Kejohanan Bahas Hijrah


Pada 22-23 Januari 2010 Sekolah Agama Menengah Rawang (SAMER) telah menghantar pasukan Debat Bahasa Melayu Sekolah yang dianggotai oleh 6 orang pelajar bagi menyertai Kejohanan Bahas Hijrah sempena Sambutan Maal Hijrah peringkat Negeri Selangor bertempat di Universiti Industri Selangor (UNISEL)


Dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia dan barakahnya, pasukan Debat Bahasa Melayu SAMER berjaya mencatat kejayaan di luar jangkaan dengan berjaya pulang sebagai Naib Johan Kejohanan Bahas Hijrah peringkat Negeri Selangor.


Berikut adalah pelajar yang menganggotai pasukan Debat Bahasa Melayu SAMER :




  • Muhammad Hazim b. Hisan




  • Muhammad Haikal b. Kamal




  • Muhammad Khairul Ikhwan b. Abu Khairi




  • Nurul Asna Hidayah bt Mior Abdul Rahman




  • Fatin Nabilah bt Abu Hassan




  • Khairunnajah bt Zolkifle



  • Berikut adalah kejayaan yang dicapai sepanjang Kejohanan Bahas Hijrah 2010 :

    SARINGAN AWAL



    SAMER melepasi saringan awal secara automatik melalui undian pada awal kejohanan


    SUKU AKHIR

    Usul : Hijrah Penentu Kecemerlangan Ummah
    Posisi : Pembangkang
    Lawan : SMKA Simpang Lima,Daerah Sabak Bernam
    Margin : 2:1
    Pembahas Terbaik : Nurul Asna Hidayah bt Mior Abdul Rahman

    SEPARUH AKHIR

    Usul : Hijrah Menjamin Perpaduan Negara
    Posisi : Kerajaan
    Lawan : SMKA Kuala Selangor
    Margin : 5:0
    Pembahas Terbaik : Nurul Asna Hidayah bt Mior Abdul Rahman

    AKHIR

    Usul : Hijrah Menjana Ketamadunan Bangsa
    Posisi : Pembangkang
    Lawan : SAM Batu 10, Cheras
    Margin : Tiada Maklumat
    Pembahas Terbaik : Wan Azizul (Pembahas SAMTEN)

    Berikut adalah kenangan yang berjaya dirakam oleh Pasukan Debat Bahasa Melayu di Kejohanan Bahas Hijrah 2010 :








    Kejohanan Sukan Sekolah 2010

    KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH

    SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG

    TAHUN 2010

    TARIKH : 10 FEBRUARI 2010

    HARI : RABU

    TEMPAT : PADANG SAMER DAN DEWAN BESAR UMAR ABDUL AZIZ



    ATURCARA KEJOHANAN

    7.30 a.m : Mencatat kehadiran pelajar
    7.45 a.m - 10.30 a.m : Pertandingan Akhir (L)
    Pertandingan Akhir (P)
    10.30 a.m - 10.45 a.m  : Rehat
    10.45 a.m - 11.15 a.m  : Perbarisan Firqah
    11.15 a.m - Majlis Penyampaian Hadiah
    Nyanyian Negaraku
    Ucapan Pengerusi Kejohanan
    Ucapan Perasmian Penutup Kejohanan
    Penyampaian Hadiah
    1.00 p.m : Bersurai

    KEPUTUSAN

    JOHAN : Firqah Ali
    NAIB JOHAN : Firqah Umar
    TEMPAT KETIGA : Firqah Abu Bakar
    TEMPAT KEEMPAT : Firqah Uthman



    Kejohanan Merentas Desa 2010

    Pada 23 Januari 2010 Sekolah Agama Menengah Rawang ( SAMER) telah dengan jayanya menganjurkan Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah.

    Berikut adalah pemenang yang berjaya melakar kejayaan dalam Kejohanan Merentas Desa 2010 :

    KATEGORI MENENGAH RENDAH LELAKI


    KATEGORI MENENGAH ATAS LELAKI

    KATEGORI MENENGAH RENDAH PEREMPUAN

    KATEGORI MENENGAH ATAS PEREMPUAN


    Berikut adalah gambar dan kenangan yang berjaya dirakam sepanjang berlansungnya Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah 2010 :


















    Keputusan SMA 2009


    Pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) 2009 telah mencatat pelbagai kisah suka duka bagi pelajar-pelajar Sekolah Agama Menengah Rawang (SAMER)


    Syukur ke hadrat Illahi atas kejayaan yang dianugerahkan dan jutaan tahniah diucapkan kepada pelajar - pelajar yang mengukir kejayaan dalam SMA 2009


    SAMER mencatat kejayaan dengan 8 pelajar Mumtaz, 47 Jayyid Jiddan, 28 Jayyid, 20 Maqbul dan 18 pelajar Rasib.


    Peratusan SMA 2009 SAM Rawang menurun sebanyak 6.6% daripada 91.7% pada tahun 2008 kepada 85.1% pada tahun 2009.


    Bagi matapelajaran Tafsir Hadith,berlaku penurunan sebanyak 13.9% daripada 88.3% pada tahun 2008 kepada 74.4% pada tahun 2009


    Bagi matapelajaran Tauhid Feqah,berlaku kenaikan sebanyak 4.2% daripada 89.2% pada tahun 2008 kepada 93.4% pada tahun 2009


    Bagi matapelajaran Bahasa Arab 1,berlaku kenaikan sebanyak 15.1%% daripada 69.2% pada tahun 2008 kepada 84.3% pada tahun 2009


    Bagi matapelajaran Bahasa Arab 2,berlaku penurunan sebanyak 8.2% daripada 92.5% pada tahun 2008 kepada 84.3% pada tahun 2009


    Bagi matapelajaran Al-Quran pula SMER berjaya mengekalkan peratusan 100%


    Berikut adalah pelajar yang melakar kejayaan dalam SMA 2009 :


    PELAJAR YANG MENDAPAT MUMTAZ



  • Fathimah Zahrah bt Mohamed (96.4%)





  • Nur Elyani Nadhirah bt Azib (94.2%)





  • Muhammad Hilmi b Razali (94%)





  • Azam Nurin Syahindah bt Azam (92.2%)





  • Faridatul Hidayah bt Mohamad Nasih (91.6%)





  • Nurul Asna Hidayah bt Mior Abdul Rahman (91%)





  • Baitul Husna bt Jamaluddin (90.6%)





  • Muhammad Irfan b Khairulaman (90%)






    1. PELAJAR YANG MENDAPAT JAYYID JIDDAN