Ahlan Wasahlan ! Selamat Datang ke Blog SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG. Terima Kasih atas kunjungan anda. Kunjungan anda amat bermakna buat kami :)

JOM KEMBALI KE SEKOLAH !

Setelah hampir seminggu para pelajar bercuti , kini tibalah masa untuk pulang semula ke sekolah . Keputusan ujian percubaan 1 juga akan dikeluarkan . Para pelajar mungkin sudah tidak sabar menunggu keputusan mereka . Almklumlah , setelah berusaha berhempas - pulas selama lebih kurang seminggu untuk peperiksaan tersebut , mereka sudah tentu ingin melihat hasilnya . Mungkin ada yang akan menangis kegembiraan dan mungkin juga yang akan menangis kekecewaan . Tidak dilupakan , keputusan SPM juga akan dikeluarkan pada 23 MAC 2011 ini . Para pelajar tingkatan 5 2010 tentunya , akan mengalami simptom-simptom yang akan membuatkan mereka tidak lalu makan , mandi juga tidak basah dan tidur juga mungkin tidak lena .Warga SAMER tentunya akan mendoakan kajian kalian semua , Insyaallah ! Semoga kalian akan menangis kesyukuran di atas kejayaan pada hari itu nanti . Ingat , selagi keputusan peperiksaan tidak sampai ke tangan kita , selagi itulah,kita masih punya peluang untuk terus bermohon kepada Allah s.w.t . Doa itukan senjata orang mukmin . Bagi warga SAMER , SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH dan SELAMAT BERTUGAS !

Pusat Sumberku

BERITA HARIAN KE NEWS
STRAIT TIMES??  
IKAN PUN SUKA DUK
KAT PS TAU!
PAPAN KENYATAAN PS..
MANA SATU NAK PILIH NI??

HURM..COMEL2..
SIAPA YANG SUKA MEMASAK
BOLEHLA DATANG KE SINI!

JOM BACA BUKU KAT SINI..

CUTI PENGGAL PERTAMA 2011

[ 12 Mac 2011 - 20 Mac 2011 ] .. .. tarikh yg ditunggu-tunggu oleh pelajar-pelajar SAMER untuk menikmati keindahan alam yang indah ini, bersama keluarga tercinta, setelah penat mengharungi ujian prestasi 1 yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Walaubagaimanapun, buku tu jangan pula sampai tak buka, kerja rumah jangan sampai tak siap, belajar tetap kena belajar terutamanya kepada pelajar-pelajar PMR, SMA dan SPM. Kepada mereka yang mewakili sekolah dalam Kemahiran Amal Islami (KAMIL) pada 26 Mac ni, berlatihlah bersungguh-sungguh. Ingat, ''BERTANDING KERANA ALLAH KEHEBATAN PASTI TESERLAH'' .

SELAMAT  BERCUTI . . ! ! 

time 2 SNAP ~

KARNIVAL KAMIL & MTQ PERINGKAT SEKOLAH .

KARNIVAL KAMIL & MTQ


0ur MC 
Puan Romziah Madong

ABDULLAH AZZAM dtg menyerang !!

nasyid firqah ABDULLAH AZZAM .
" Kami menang ! "

" AUMM ! by the way . PEACE ALWAYS !! "










                                               Senyuman ikhlas dari kami . ABDULLAH AZZAM !

TAHNIAH pada FATHI YAKAN !

                                                  




KEMAHIRAN AMAL ISLAMI 2011 PERINGKAT SEKOLAH .

Bermula 28 Februari - 3 Mac telah berlangsungnya Kemahiran Amal Islami ( KAMIL ) peringkat sekolah . Berpegangkan dengan kata - kata BERTANDING KERANA ALLAH KEHEBATAN PASTI TESERLAH telah membuatkan para pelajar begitu semangat menyertai pelbagai acara yang telah dipertandingkan . Nama firqah juga telah di ubah kepada :

                           Firqah Ali - Abdullah Azzam ( merah )
                           Firqah Abu Bakar - Hassan Al-Banna ( biru )
                           Firqah Uthman - Ahmad Yasin ( hijau )
                           Firqah Umar - Fathi Yakan ( kuning )



TAHNIAH pada mereka yang telah berjaya !

1 . PENGENDALI TAJHIZ TERBAIK ( L )
    * MOHD ADIB AKRAM ( AHMAD YASIN )

2. PENGENDALI TAJHIZ TERBAIK ( P )
    * MILA MARDIANA MISBAHUDDIN ( AHMAD YASIN )

3. PEMBACA RAWI TERBAIK ( L )
     * MUHD AMZAR BIN ASRUL ( HASSAN AL-BANNA )

4. PEMBACA RAWI TERBAIK ( P )
     *  SITI RAHMAH A.RAZUAN ( AHMAD YASIN )

5. PENGERUSI FORUM TERBAIK ( L )
      * MOHD SYAZMEE BIN SAPIAN  ( AHMAD YASIN )

6. PENGERUSI FORUM TERBAIK ( P )
      * NUR AQILAH JOHARI ( ABDULLAH AZZAM )

7. VOKALIS TERBAIK ( L )
      * MOHD. AMIR SYAUQI BIN MAD SUKRI ( FATHI YAKAN )

8. VOKALIS TERBAIK ( P )
      * NURUL KHADIJAH MD.JAMIL AB. NASIR ( ABDULLAH AZZAM )

9. PERCUSSIONIST TERBAIK ( L )
    * NUR MUHD AIMAN BIN ABU SAMAH ( ABDULLAH AZZAM )

10 .PERCUSSIONIST TERBAIK ( P )
        * SAIDAH SYAHIRAH ( ABDULLAH AZZAM )

11. PENDEBAT TERBAIK BM
        * KHAIRUL IKHWAN BIN ABU KHAIRI ( FATHI YAKAN )

12 . PENDEBAT TERBAIK BI
         * SITI HAWA NAIMAH MAHERAN ( FATHI YAKAN )

13 . PENDEBAT TERBAIK BA
         * PUTERI NORHAYATI  MEGAT TAIB ( HASSAN AL-BANNA )

14 . PASUKAN DEBAT TERBAIK 
         * PASUKAN DEBAT PEREMPUAN B.MELAYU ( ABDULLAH AZZAM )

15. FIRQAH TERBAIK ACARA INDIVIDU ( L )
        * ABDULLAH AZZAM 

16. FIRQAH TERBAIK ACARA INDIVIDU ( P )
        * HASSAN AL-BANNA

17. FIRQAH TERBAIK ACARA BERKUMPULAN ( L )
        * FATHI YAKAN

18. FIRQAH TEBAIK ACARA BERKUMPULAN ( P )
         * FATHI YAKAN

19. KELAB PENYOKONG PALING KREATIF
        * ABDULLAH AZZAM

20 . FIRQAH TERBAIK KESELURUHAN 
         1. FATHI YAKAN ( 132 )
         2. ABDULLAH AZZAM ( 126 )
         3. HASAN AL-BANNA ( 118 )
         4. AHMAD YASIN ( 117 )


Insya'allah . Pada 26 MAC akan berlangsungnya KAMIL peringkat zon . Berkemungkinan besar ,  SAMER akan menjadi tuan rumah pada tahun ini . Semoga kalian terus berusaha untuk mencapai kejayaan . Ingat , BERTANDING KERANA ALLAH KEHEBATAN PASTI TESERLAH .     
  



MESYUARAT AGONG PIBG 2011

MESYUARAT PIBG TELAH DIADAKAN BERDASARKAN  BUTIRAN DI BAWAH:

TARIKH : 6 MAC 2011
HARI      : AHAD
MASA    : 8.00 PAGI
PERASMI : PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Sambutan Maulidur Rasul 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H
SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG


Pada 17 Februari 2011,Sekolah Agama Menengah Rawang (SAMER) telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah dengan penuh gilang-gemilangnya yang bertemakan ''Rasulullah Penjana Kecemerlangan Ummah''. Sambutan dimulakan dengan perarakan daripada semua pelajar dan guru-guru SAMER beserta alunan selawat dan sepanduk-sepanduk indah yang disediakan sendiri oleh para pelajar. Kemudian, sambutan diserikan lagi dengan persembahan pelajar, bercerita kisah nabi oleh seorang pelajar perempuan tingkatan 1 dan nasyid daripada wakil pelajar lelaki . Sambutan diteruskan dengan ceramah maulidur rasul yang disampaikan oleh penceramah jemputan. Akhir sekali, masa yang ditunggu-tunggu oleh pelajar-pelajar SAMER, iaitu penyampaian hadiah kepada pemenang perarakan terbaik :

                                       johan              - tingkatan 4
                                       naib johan    - tingkatan 2
                                       tempat ke-3 - tingkatan 3

 Sambutan Maulidur Rasul 2011 berjalan dengan lancar dan kemas atas kerjasama serta komitmen penuh dari semua pihak. Diharapkan Sambutan Maulidur Rasul pada tahun-tahun akan datang lebih meriah dan memberi kesan mendalam kepada semua warga SAMER khususnya.




tingkatan 5  (L)

tingkatan 4  (L)

tingkatan 3  (L)

tingkatan 2  (L)

tingkatan 1  (L)

tingkatan 5  (P)

tingkatan 4  (P)

tingkatan 3  (P)

tingkatan 2  (P)

tingkatan 1  (P)