Ahlan Wasahlan ! Selamat Datang ke Blog SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG. Terima Kasih atas kunjungan anda. Kunjungan anda amat bermakna buat kami :)

HARI MUHASABAH AKADEMIK .

HARI MUHASABAH AKADEMIK ? Apa tu ? Ya , itulah perubahan yang telah dibawa pada tahun ini oleh unit peperiksaan . Ia bermaksud hari mengambil slip keputusan peperiksaan . Namanya diubah atas sebab-sebab untuk memberi penekanan kepada para pelajar agar memuhasabah semula keputusan peperiksaan yang telah diambil . Sama ada ianya sangat cemerlang mahupun sebaliknya . Oleh yang demikian , ibubapa dijemput hadir ke sekolah bagi mengambil keputusan peperiksaan anak masing-masing . Bagi yang gagal dalam subjek bahasa arab komunikasi , bahasa arab satu bagi subjek SMA dan juga bahasa arab tinggi bagi SPM , mereka haruslah bertemu dengan Ustazah Noraini dan juga Ustaz hidir untuk mengambil borang aku janji . Jadi , bagaimana dengan keputusan kalian ? 9a straight ? Mumtaz ? 11a+ ? tepuk dada tanyalah diri sendiri . tidak mengapa , manfaatkanlah sisa masa yang tinggal untuk terus belajar dan belajar . Semoga , ianya membuahkan hasil . Bak kata pepatah , berakit-rakit ke hulu , berenang-renang ke tepian , bersakit-sakit dahulu , bersenang-senang kemudian . man jadda wa jadda wa man zara'a hasada .














ACARA SUKAN TAHUNAN 2011

Pada 14 Jun 2011 - 23 Jun 2011 telah berlangsungnya acara sukan tahunan . Acara ini melibatkan empat firqah yang akan berjuang untuk merebut gelaran juara bagi keseluruhan acara . Acara - acara yang telah dipertandingkan ialah bola jaring , bola baling bagi muslimin dan muslimat , bola tampar bagi muslimin dan muslimat , bola sepak , acara balapan : 100m , 200m , 400m , 800m ( muslimin sahaja ) , 4x100m , 4x400m , lompat jauh , lontar peluru dan lempar cakera . Acara kemuncak gilang - gemilang sukan tahunan akan berlangsung pada 28 JUN 2011 yang bertempat di padang SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG . Para hadirin dijemput hadir bagi memeriahkan lagi acara sukan tahunan pada tahun ini . Sudah tentu , pada tahun ini , akan berlaku sedikit kelainan daripada tahun - tahun yang berikutnya di mana , para pelajar akan berada di padang sepanjang acara dijalankan . Mereka akan menghias khemah mengikut warna firqah masing - masing dan maskot pada tahun ini , bukan lagi binatang akan tetapi superhero ! Sangat menakjubkan ! Tidak sabar rasanya untuk melihat aksi-aksi para pelajar pada hari sukan itu nanti . Agak -agak , siapa ya bakal juara ? Firqah Ali atau firqah Usman atau firqah abu bakar ataupun firqah Umar ??? Kita tunggu dan sabar ! TAHNIAH pada para pelajar yang bakal menaiki pentas bagi mengambil medal !









SELAMAT BERJUANG SAHABAT ! pastikan firqah masing - masing juara pada tahun 2011 ni ! ingat , bertanding kerana ALLAH , kehebatan pasti teserlah ! 

SEMINAR SMA

Pada 17 Jun 2011 - 19 Jun 2011 telah berlangsungnya seminar SMA yang melibatkan para pelajar tingkatan 4 .Seminar ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang teknik - teknik menjaawab soalan , skop soalan dan esbagainya . Beberapa orang guru pakar dalam bidang masing - masing telah dijemput untuk memberikan penerangan tentang subjek masing - masing . Sepanjang seminar dijalankan , para pelajara tampak lebih bersemangat dan lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan SMA pada bulan Oktober nanti . Semoga usaha yang berterusan daripada pihak sekolah dapat membantu para pelajar mendapat kejayaan yang lebih cemerlang dari semasa ke semasa . Jutaan terima kasih kepada panitia al-azhar kerana telah berjaya mengadakan seminar SMA buat julung - julung kalinya .




Semoga usaha seperti ini mampu diteruskan dan dapat membuahkan hasil . Pada pelajar tingkatan 4 , berusahalah bersungguh - sungguh demi membalas jasa guru - guru kita . GUDLUCK FRIENDS !




SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Pada 16 Jun 2011 , Sekolah Agama Menengah Rawang telah mengadakan sambutan hari guru pada peringkat sekolah . Seperti tahun - tahun yang berikutnya , sambutan hari guru pada tahun ini telah dianjurkan oleh bahagian kepimpinan pelajar dengan kerjasama pelajar - pelajar tingkatan lima 2011 . Bertemakan Arabian , sambutan hari guru pada hari itu menjadi bertambah meriah dan mendapat sambutan yang hangat daripada kalangan guru - guru dan pelajar . TAHNIAH dan SYABAS di ucapkan kepada pelajar tingkatan lima kerana telah berjaya menjalankan aktiviti seperti yang digariskan ! TERUSKAN USAHA KALIAN demi guru - guru yang tersayang . Apapun , kita SNAP dulu ~


PERLAWANAN BOLA JARING DI ANTARA GURU DAN PELAJAR .
SIAPA JUARA ?
TEPUK DADA TANYA MEREKA !




PERLAWANAN BOLA SEPAK DI ANTARA GURU DAN PELAJAR
KEMENANGAN MENJADI MILIK ...






SUKANEKA DI ANTARA GURU - GURU




PERSEMBAHAN KAWAD ALA - ALA MENARI MAMBO !


ACARA DEWAN BERMULA ..


E'EH .. SEMPAT LAGI SNAP ! APAPON , USTAZAH SAMER MMG TERBAIK !





M / C .. DAH MACAM TOK SYEIKH DAH MEREKA NY !


BACAAN SAJAK . - SAMPAI ADA GURU - GURU YANG MENANGIS TAU !


JAMUAN PARA GURU


Semoga sambutan seperti ini dapat dijalankan dengan baik pada tahun - tahun akan datang .Ustaz dan ustazah , SELAMAT HARI GURU dan semoga dapat menjadi pendidik yang terbaik bagi membimbing kami generasi harapan bangsa !

KEM PELAPIS 2011

Pada 27 - 27 MEI 2011 telah berlangsungnya KEM PELAPIS yang melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 1. Walaupun , pada ketika ini , para pelajar telah mula bercuti namun masih ada yang semangat untuk menjayakan aktiviti yang telah direncanakan oleh pihak sekolah . Alhamdulillah , setelah penat diatur dan disusun , akhirnya program ini telah berjaya dijalankan . Ucapan tahniah dan syabas kepada ustaz Hafifi yang telah mengetuai program ini . Tidak dilupakan , para pelajar tingkatan 4 yang telah menjadi jurulatih muda yang sangat hebat . Tidak ketinggalan juga , tanpa bantuan fasilitator daripada tingkatan 3 dan juga guru - guru yang sudi membantu , mana mungkin , program ini dapat dijalankan dengan sempurna .TAHNIAH diucapkan !


* dah nampak dah cahaya - cahaya semangat mereka !


* sesi pemasangan khemah !


* " pasang khemah betul-betul dek ye !


* kakak jurulatih ! kami dah tak sabar na kem !

* tengok ! siap boleh peace lagi tu

* ketua juralatih hanya mampu tersenyum bahagia ~

* kami keletihan !

* barisan fasilitator ..