Ahlan Wasahlan ! Selamat Datang ke Blog SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG. Terima Kasih atas kunjungan anda. Kunjungan anda amat bermakna buat kami :)
   Hari Anugerah Cemerlang kembali lagi. Pada tahun 2012 ini, SAM Rawang sekali lagi telah menukar nama bagi program tahunan ini iaitu Anugerah Pencapaian Akademik Cemerlang (APAC). Program ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar serta guru-guru yang telah memberikan usaha dan komitmen yang terbaik pada tahun 2011.
   Bermula seawal jam 8.00 pagi, ibu bapa serta penerima hadiah diminta mendaftar di kaunter pendaftaran yang terletak di tepi Dewan Besar Umar Abdul Aziz. Tepat jam 9.30 pagi, ketibaan perasmi iaitu Encik Jaafar bin Rajuli ; Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam dan tetamu jemputan disambut meriah dengan paluan kompang oleh kumpulan pelajar lelaki SAM Rawang.
   Majlis dimulakan dengan bacaan al-quran oleh adik Ashek dari tingkatan 3 diikuti bacaan doa oleh Ustaz Abd Jalil bin Hanafee bagi memberkati majlis. Selesai bacaan doa, pengetua SAM Rawang ; Pn. Siti Romziah binti Madong diminta berucap. Tidak ketinggalan, ucapan dari pengetua PIBG SAM Rawang ; En. Mohd. Subki bin Abdul Hamid serta ucapan dari perasmi bagi merasmikan program ini.
   Bagi merehatkan minda, peserta Musamarah wakil sekolah diminta membuat persembahan. Musamarah merupakan persembahan kumpulan seperti 'choral speaking' tetapi menggunakan bahasa arab. Nyata persembahan mereka menggembirakan ibu bapa , guru dan pelajar kerana mereka mendapat tepukan gemuruh apabila selesai persembahan.
   Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan dengan acara yang ditunggu-tunggu iaitu penyampaian hadiah. Hadiah diberikan kepada pelajar terbaik tingkatan 2011, pelajar cemerlang PMR 2011, pelajar cemerlang SMA 2011 serta tidak lupa kepada pelajar cemerlang SPM 2011. Pihak SAM Rawang juga menyediakan hadiah kepada guru-guru cemerlang bagi setiap mata pelajaran pada tahun 2011.
   Pada tahun ini, dua orang pelajar mithali telah dipilih kerana mereka telah menyumbang banyak perkara untuk SAM Rawang baik akademik mahupun kokurikulum pada tahun 2011. Mereka ialah Muhammad Amir Syauqi bin Mad Sukri dan Nur Izzati binti Abdul Halim.
   Selesai program, semua pelajar dan ibubapa dibenarkan pulang.


KAMIL Peringkat Zon 2012

   "Ketaqwaan Menjana Kehebatan" , "Bertanding Kerana Allah, Kehebatan Pasti Terserlah". Prinsip ini merupakan prinsip yang telah diwujudkan oleh Ustaz Abdul Hidir Afnizal bagi pertandingan Kemahiran Amal Islami(KAMIL) setiap tahun. Seperti biasa, pada tahun 2012 ini SAM Rawang sekali lagi menghantar kontinjen untuk menyertai setiap acara KAMIL yang dipertandingkan bagi peringkat zon. Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu telah dipilih untuk menjadi tuan rumah pada tahun ini.
   Alhamdulillah, berkat doa serta usaha yang diberikan oleh setiap peserta membolehkan mereka memenangi banyak acara. Lebih membanggakan lagi, SAM Rawang sekali lagi menduduki tempat kedua bagi acara KAMIL peringkat zon seperti tahun 2011. Berikut merupakan kemenangan yang berjaya diraih oleh peserta-peserta SAM Rawang :
ACARA KATEGORI KEPUTUSAN
KHUTBAH MR 1
TILAWAH MR(P) 3
  MA(P) 2
HAFAZAN MA(L) 2
  MR(P) 1
  MA(P) 1
TAFSIR MR(L) 3
  MA(L) 3
  MR(P) 1
  MA(P) 1
SYARAHAN BM MR(L) 1
  MA(L) 1
  MA(P) 1
SYARAHAN BI MR(L) 2
  MA(L) 3
  MR(P) 2
  MA(L) 2
KHAT MR(L) 3
  MA(L) 1
  MR(P) 1
  MA(P) 2
FORUM TERBUKA(P) 2
DEBAT BM TERBUKA AKHIR 2
DEBAT BA TERBUKA AKHIR 2
NASYID TERBUKA LELAKI 2
MARHABAN TERBUKA LELAKI 2
  TERBUKA PEREMPUAN 2
MUSAMARAH TERBUKA LELAKI 2
  TERBUKA PEREMPUAN 1


*maaf, gambar tidak dapat disiarkan di sini disebabkan masalah teknikal

Sukantara 2012

   Sukantara tiba lagi. Pada tahun ini, sukantara diadakan pada bulan April iaitu pada tanggal 10 April 2012. Seperti tahun-tahun sebelum ini, para pelajar diminta berkumpul di dataran Salman Al-Farisi bagi melakukan proses 'warm-up' sebelum bersukan. Proses memanaskan badan ini dipimpin oleh pelajar tingkatan 5. Semangat untuk bersukan jelas kelihatan pada air muka setiap pelajar.


   Selepas memanaskan badan, pelajar lelaki diminta pergi ke padang sekolah untuk memulakan aktiviti sukantara manakala pelajar perempuan diminta masuk ke dalam dewan besar Umar Abdul Aziz untuk mempelajari dan memahami kaedah bahasa arab mudah di bawah pimpinan Ustaz Haider sementara menunggu pelajar lelaki habis bersukan.









   Aktiviti yang dilaksanakan pada sukantara kali ini adalah lumba lari, lompat jauh dan lontar peluru. Masing-masing berlumba menunjukkan kehebatan diri bagi menyumbang markah untuk firqah mereka. Setelah selesai aktiviti sukantara lelaki, pelajar perempuan diminta ke padang untuk bersukan manakala pelajar lelaki masuk ke dalam dewan untuk mendengar sesi pembelajaran bahasa arab bersama Ustaz Haider.






Minggu Bidang Pendidikan Islam 2012

   Alhamdulillah, pada 5 April 2012 yang lalu telah diadakan Simulasi Haji dan Umrah sempena Minggu Bidang Pendidikan Islam. Guru-guru bidang Pendidikan Islam SAM Rawang telah menjemput wakil daripada Tabung Haji iaitu Ustaz Ridzuan untuk mengendalikan program ini.Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 mempelajari serta memahami cara-cara pelaksanaan haji dan umrah dengan lebih mendalam. Penerangan yang diberikan oleh Ustaz Ridzuan sangat jelas dan mampu difahami oleh pelajar. Ustaz Ridzuan juga membuka peluang kepada pelajar yang ingin bertanya soalan sekiranya terdapat kemusykilan berkaitan Haji dan Umrah.

   Pelajar-pelajar juga diberi peluang untuk membuat praktikal Haji dan Umrah. Pelajar lelaki dikehendaki memakai ihram yang mereka bawa sendiri manakala pelajar perempuan diminta memakai telekung. Praktikal dimulakan dengan aktiviti melontar jamrah diikuti dengan tawaf serta sa'ie. 





   
   Sehari selepas simulasi haji dan umrah, Bidang Pendidikan Islam SAM Rawang telah menjemput Ustaz Umar untuk mengendalikan program Kaedah Mudah Jawi. Ustaz Umar merupakan pakar tulisan jawi yang telah merantau hampir ke seluruh Malaysia untuk mengajar kaedah menulis jawi. Program ini bertujuan untuk membantu pelajar tingkatan 4 dan 5 memahami dan menulis kaedah jawi dengan lebih mudah. Para pelajar diminta menyediakan wang RM 10 untuk membeli buku Kaedah Mudah Jawi supaya memudahkan lagi proses pembelajaran. Alhamdulillah , program yang dikendalikan oleh Ustaz Umar ini berjaya kerana di akhir program semua pelajar mampu untuk mengeja semua perkataan dengan mudah.