Selamat Datang ke Blog SAMER.... اهلا وسهلا ومرحبا Terima Kasih atas kunjungan anda. Kunjungan anda amat bermakna buat kami

Easy Add Math

   Siapa kata subjek Matematik Tambahan itu subjek paling sukar ? Kini, ayat negatif sebegitu tidak lagi wujud dalam kalangan pelajar-pelajar di SAM Rawang. Pada 5 dan 6 Mei yang lepas, telah berlangsung seminar 'Easy Add Math' bagi pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 yang mengambil subjek Matematik Tambahan di SAM Rawang. Seminar tersebut bertujuan untuk memberi teknik-teknik mudah untuk menyelesaikan pengiraan-pengiraan yang terdapat di dalam subjek Matematik Tambahan.
   Bagi menjayakan seminar ini, pihak SAM Rawang telah menjemput wakil dari EasyMathsCentre untuk menyampaikan seminar tersebut. Dua orang wakil yang dihantar ialah Cikgu Azam dan Cikgu Sallehun. Seminar ini merupakan seminar yang amat disukai pelajar. Ini kerana, kedua-dua guru tersebut sentiasa menyelitkan unsur jenaka dalam sesi pembelajaran mereka supaya setiap pelajar tidak berasa bosan dan ngantuk.
   Nyata, seminar ini berjalan dengan lancar dan berjaya. Pelajar-pelajar SAM Rawang kini mampu menyelesaikan pengiraan dengan mudah, cepat dan tepat. Diharap program ini dapat dijalankan pada tahun-tahun yang akan datang.
   Hari Anugerah Cemerlang kembali lagi. Pada tahun 2012 ini, SAM Rawang sekali lagi telah menukar nama bagi program tahunan ini iaitu Anugerah Pencapaian Akademik Cemerlang (APAC). Program ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar serta guru-guru yang telah memberikan usaha dan komitmen yang terbaik pada tahun 2011.
   Bermula seawal jam 8.00 pagi, ibu bapa serta penerima hadiah diminta mendaftar di kaunter pendaftaran yang terletak di tepi Dewan Besar Umar Abdul Aziz. Tepat jam 9.30 pagi, ketibaan perasmi iaitu Encik Jaafar bin Rajuli ; Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam dan tetamu jemputan disambut meriah dengan paluan kompang oleh kumpulan pelajar lelaki SAM Rawang.
   Majlis dimulakan dengan bacaan al-quran oleh adik Ashek dari tingkatan 3 diikuti bacaan doa oleh Ustaz Abd Jalil bin Hanafee bagi memberkati majlis. Selesai bacaan doa, pengetua SAM Rawang ; Pn. Siti Romziah binti Madong diminta berucap. Tidak ketinggalan, ucapan dari pengetua PIBG SAM Rawang ; En. Mohd. Subki bin Abdul Hamid serta ucapan dari perasmi bagi merasmikan program ini.
   Bagi merehatkan minda, peserta Musamarah wakil sekolah diminta membuat persembahan. Musamarah merupakan persembahan kumpulan seperti 'choral speaking' tetapi menggunakan bahasa arab. Nyata persembahan mereka menggembirakan ibu bapa , guru dan pelajar kerana mereka mendapat tepukan gemuruh apabila selesai persembahan.
   Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan dengan acara yang ditunggu-tunggu iaitu penyampaian hadiah. Hadiah diberikan kepada pelajar terbaik tingkatan 2011, pelajar cemerlang PMR 2011, pelajar cemerlang SMA 2011 serta tidak lupa kepada pelajar cemerlang SPM 2011. Pihak SAM Rawang juga menyediakan hadiah kepada guru-guru cemerlang bagi setiap mata pelajaran pada tahun 2011.
   Pada tahun ini, dua orang pelajar mithali telah dipilih kerana mereka telah menyumbang banyak perkara untuk SAM Rawang baik akademik mahupun kokurikulum pada tahun 2011. Mereka ialah Muhammad Amir Syauqi bin Mad Sukri dan Nur Izzati binti Abdul Halim.
   Selesai program, semua pelajar dan ibubapa dibenarkan pulang.


KAMIL Peringkat Zon 2012

   "Ketaqwaan Menjana Kehebatan" , "Bertanding Kerana Allah, Kehebatan Pasti Terserlah". Prinsip ini merupakan prinsip yang telah diwujudkan oleh Ustaz Abdul Hidir Afnizal bagi pertandingan Kemahiran Amal Islami(KAMIL) setiap tahun. Seperti biasa, pada tahun 2012 ini SAM Rawang sekali lagi menghantar kontinjen untuk menyertai setiap acara KAMIL yang dipertandingkan bagi peringkat zon. Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu telah dipilih untuk menjadi tuan rumah pada tahun ini.
   Alhamdulillah, berkat doa serta usaha yang diberikan oleh setiap peserta membolehkan mereka memenangi banyak acara. Lebih membanggakan lagi, SAM Rawang sekali lagi menduduki tempat kedua bagi acara KAMIL peringkat zon seperti tahun 2011. Berikut merupakan kemenangan yang berjaya diraih oleh peserta-peserta SAM Rawang :
ACARA KATEGORI KEPUTUSAN
KHUTBAH MR 1
TILAWAH MR(P) 3
  MA(P) 2
HAFAZAN MA(L) 2
  MR(P) 1
  MA(P) 1
TAFSIR MR(L) 3
  MA(L) 3
  MR(P) 1
  MA(P) 1
SYARAHAN BM MR(L) 1
  MA(L) 1
  MA(P) 1
SYARAHAN BI MR(L) 2
  MA(L) 3
  MR(P) 2
  MA(L) 2
KHAT MR(L) 3
  MA(L) 1
  MR(P) 1
  MA(P) 2
FORUM TERBUKA(P) 2
DEBAT BM TERBUKA AKHIR 2
DEBAT BA TERBUKA AKHIR 2
NASYID TERBUKA LELAKI 2
MARHABAN TERBUKA LELAKI 2
  TERBUKA PEREMPUAN 2
MUSAMARAH TERBUKA LELAKI 2
  TERBUKA PEREMPUAN 1


*maaf, gambar tidak dapat disiarkan di sini disebabkan masalah teknikal