Ahlan Wasahlan ! Selamat Datang ke Blog SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG. Terima Kasih atas kunjungan anda. Kunjungan anda amat bermakna buat kami :)

IFTAR AJMAI'E

Pada 19 Ogos 2011 telah berlangsungnya majlis berbuka puasa dan solat hajat bersama ibubapa , guru dan pelajar . Alhamdulillah , dengan kerjasama semua pihak , majlis dapat berlangsung dengan lancarnya . Ibubapa amat memberi sokongan yang padu kepada pihak sekolah . Pada majlis bacaan yassin yang telah diketuai oleh Ustaz Rizal bin Mokhtar , ramai ibu-ibu yang mengalirkan airmata dan begitu juga ketika solat hajat dijalankan . Harapan pihak sekolah , agar ianya dapat memberi kesedaran kepada pelajar - pelajar bahawa ibubapa amat memerlukan kejayaan sebagai hadiah penat lelah mereka dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi sekolah ke arena yang lebih tinggi . Jutaan terima kasih dan tahniah kepada ibubapa , guru dan pelajar yang telah menjayakan program yang diadakan . Semoga program seperti ini tetap mendapat sokongan daripada ibubapa untuk dimasa akan datang , insyaallah .

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KARIM !

Alhamdulillah , bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita masih lagi dapat merasai nikmatnya iman dan Islam iaitu antara nikmat - nikmat yang tidak dapat dirasai oleh kebanyakan manusia . Alhamdulilah , sedar mahupun tidak , kita sudah menginjak ke bulan RAMADHAN iaitu bulan ibadah di mana ke semua pahala digandakan . Marilah bersama-sama kita menunaikan tanggungjawab terhadap Allah untuk berpuasa selama sebulan . Selain itu , kita amat digalakkan untuk bertarawih , bertadarus , bertaubat dan melakukan banyak amal ibadah kerana setiap amalan yang dilakukan akan dihitung sendiri oleh Allah s.w.t . Oleh yang demikian , rebutlah peluang yang ada . Andaikan Ramadhan tahun ini sebagai tahun terakhir kita . Akhir kalam ,SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM !


Mukhayyam Bahasa Arab Tingkatan Lima

Pada 22 Julai 2011 - 24 Julai 2011 telah diadakan mukhayyam bahasa arab bagi pelajar - pelajar tingkatan lima . Ini bertujuan untuk memantapkan lagi ilmu - ilmu mereka di dalam bidang bahasa arab di samping untuk meningkatkan prestasi mereka di dalam peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia yang bakal tiba tidak lama lagi . Alhamdulillah , program berjalan dengan lancar dengan hadirnya beberapa tenaga pengajar daripada syarikat albayan . Kebanyakan mereka adalah daripada palestin dan Yaman . Para pelajar tingkatan lima tampak sangat bersemangat semasa program ini dijalankan . Harapan pihak sekolah agar mereka sentiasa menggunakan bahasa arab walau dimana jua mereka berada dan boleh menjadi ikon kepada pelajar junior . Bittaufiq wa najah lil imtihan !


* sesi perbincangan bersama fasilitator *
  
* " bahasa arab itu menyeronokkan ! peace ! " *

* ketika program dijalankan *

* barisan fasilitator *



* Datuk Mahmud Abdul yang dapat hadir di majlis penutupan . *