Ahlan Wasahlan ! Selamat Datang ke Blog SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG. Terima Kasih atas kunjungan anda. Kunjungan anda amat bermakna buat kami :)

* MAJLIS ANUGERAH KUALITI PEND.ISLAM & KECEMERLANGAN INSTITUSI PEND.AGAMA *

SYABAS dan TAHNIAH diucapkan kepada SAM RAWANG kerana telah dipilih untuk menjadi tuan rumah pada HARI KUALITI anjuran JABATAN PELAJARAN SELANGOR pada 28 September 2011 . Majlis ini berlangsung di Dewan Besar Abdul Aziz dan jamuan ringan telah diadakan di Pusat Sumber Aisyah Humaira' . Kedatangan Tuan Hj Ariffin dan Tuan Hj Wahid bin Setia selaku perasmi pada hari tersebut memeriahkan lagi sambutan HARI KUALITI 2011 . Ia turut disertai oleh pelajar SMK , SMKA , SABK dan KAA . Oleh itu , kira-kira seramai lebih kurang 500 orang pelajar dan 300 orang guru serta ibu bapa turut hadir untuk menjayakan majlis yang diadakan . Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan buat warga SAMER yang sudah bertungkus-lumus untuk menyempurnakan majlis . Segalanya bagaikan tidak dapat dibalas dengan jasa akan tetapi nama mereka tetap terpahat sebagai seorang pembantu untuk mencantikkan kawasan sekolah . Moga majlis seperti ini di bawah naungan-Nya , Insyaallah .

                                    


* SESI PENDAFTARAN *


* PASUKAN KOMPANG SEKOLAH dibawah bimbingan ustaz Abdul Hidir


* PUTERI SAMER - walaupun penat tunjuk arah , CERIA tu tetap WAJIB !

* Tuan Hj.Ariffin dan Tuan Hj Wahid berangkat untuk masuk ke D'BUAA' .

* UCAPAN KHAS Tuan Hj Ariffin *

* Tuan Hj Wahid selaku perasmi *

* Hiwar - gandingan mantap pelajar SAMBEST *

* NAHNU MINAL MUMTAZIN - Nur Aziatulliyana dan Muhd Farid bin Yahaya PELAJAR CEMERLANG PMR'10

* PELAJAR CEMERLANG SPM'10 - MUHAMMAD NASRUL HAZIM BIN HUSAIMI & NURUL ASNA HIDAYAH BT MIOR ABDUL RAHMAN *


* MUSAMMARAH (P) - Mereka pun hebat juga apa , kan ? *

~Hari Anugerah Kokurikulum~

Pada 15 September yang lalu,pihak sekolah telah mengadakan Hari Anugerah Kokurikulum yang telah dirasmikan oleh YDP PIBG SAM Rawang iaitu En. Haji Subki Bin Abdul Hamid.Hari anugerah tersebut telah diadakan di Surau Darul Muttaqin berikutan dewan digunakan oleh pelajar-pelajar tingkatan 5 yang sedang menduduki peperiksaan percubaan SPM.Penyampaian anugerah telah diberikan kepada ahli-ahli terbaik kelab/persatuan, unit beruniform dan kelab permainan.Tidak lupa juga kepada para guru dan pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah dalam bidang kokurikulum dengan menghantar kontinjen SAMER bertanding seterusnya menaikkan nama sekolah dengan pencapaian yang membanggakan.Pihak sekolah juga telah memilih tokoh kokurikulum tahun 2011 iaitu lelaki,Mohd. Syazmee Bin Sapian dan perempuan ialah Nur Izzati Binti Abdul Halim.Setelah selesai majlis penyampaian anugerah tersebut,majlis diteruskan majlis penutup bulan kemerdekaan.Hadiah telah diberikan kepada para pemenang yang telah menyertai aktiviti-aktiviti yang telah diadakan di dalam bulan kemerdekaan.Tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah dan hadiah.



















~Gotong-royong Perdana~

Pada 10 September yang lalu,sekolah telah mengadakan gotong-royong perdana.Setiap kelas telah dibahagikan tugas masing-masing untuk membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah.Semua guru,pelajar dan ibu bapa yang turut hadir bertungkus lumus demi menjadikan SAMER tercinta sekolah yang cantik,ceria dan kondusif... 
~mengecat pintu bilik guru,,hm bagus2..~

~j0m lap tingkap~

~Kami sedia berg0t0ng-r0y0ng~

~Teacher Adu p0n bersemangat~

~En. Hj. Subki turut turun padang~

                             
                                             






~wah,,anak sape ni ek..rajinye,,~


~Pemasuan semula~

~Pljr2 tgktn 5 lelaki bertungkus lumus memot0ng
dahan yg mengganggu kabel~