Ahlan Wasahlan ! Selamat Datang ke Blog SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG. Terima Kasih atas kunjungan anda. Kunjungan anda amat bermakna buat kami :)

HARI PENYERAHAN SLIP PERCUBAAN SMA 2011

Pada 30 September 2011 telah berlangsungnya Hari Penyerahan Slip Percubaan SMA 2011 yang telah diadakan pada 23 Ogos sehingga  26 Ogos 2011 . Ibubapa pelajar tingkatan 4 telah dijemput hadir untuk mengambil slip keputusan SMA itu . Alhamdulillah pada tahun ini , keputusan percubaan SMA semakin meningkat daripada tahun-tahun yang lepas di mana seramai 4 orang pelajar telah mendapat mumtaz , 40 orang mendapat jayyid jiddan , 53 orang jayyid , 24 orang maqbul dan 8 orang rasib . Mudah-mudahan, pelajar tingkatan 4 akan berusaha dengan lebih gigih lagi bagi meningkatkan prestasi SAMER . Peperiksaan SMA yang sebenar akan berlangsung pada 24 Okt 2011 - 27 Okt 2011 . Bittaufiq wa najah !