Ahlan Wasahlan ! Selamat Datang ke Blog SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG. Terima Kasih atas kunjungan anda. Kunjungan anda amat bermakna buat kami :)

Minggu Bidang Pendidikan Islam 2012

   Alhamdulillah, pada 5 April 2012 yang lalu telah diadakan Simulasi Haji dan Umrah sempena Minggu Bidang Pendidikan Islam. Guru-guru bidang Pendidikan Islam SAM Rawang telah menjemput wakil daripada Tabung Haji iaitu Ustaz Ridzuan untuk mengendalikan program ini.Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 mempelajari serta memahami cara-cara pelaksanaan haji dan umrah dengan lebih mendalam. Penerangan yang diberikan oleh Ustaz Ridzuan sangat jelas dan mampu difahami oleh pelajar. Ustaz Ridzuan juga membuka peluang kepada pelajar yang ingin bertanya soalan sekiranya terdapat kemusykilan berkaitan Haji dan Umrah.

   Pelajar-pelajar juga diberi peluang untuk membuat praktikal Haji dan Umrah. Pelajar lelaki dikehendaki memakai ihram yang mereka bawa sendiri manakala pelajar perempuan diminta memakai telekung. Praktikal dimulakan dengan aktiviti melontar jamrah diikuti dengan tawaf serta sa'ie. 





   
   Sehari selepas simulasi haji dan umrah, Bidang Pendidikan Islam SAM Rawang telah menjemput Ustaz Umar untuk mengendalikan program Kaedah Mudah Jawi. Ustaz Umar merupakan pakar tulisan jawi yang telah merantau hampir ke seluruh Malaysia untuk mengajar kaedah menulis jawi. Program ini bertujuan untuk membantu pelajar tingkatan 4 dan 5 memahami dan menulis kaedah jawi dengan lebih mudah. Para pelajar diminta menyediakan wang RM 10 untuk membeli buku Kaedah Mudah Jawi supaya memudahkan lagi proses pembelajaran. Alhamdulillah , program yang dikendalikan oleh Ustaz Umar ini berjaya kerana di akhir program semua pelajar mampu untuk mengeja semua perkataan dengan mudah.