Ahlan Wasahlan ! Selamat Datang ke Blog SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG. Terima Kasih atas kunjungan anda. Kunjungan anda amat bermakna buat kami :)

* MAJLIS ANUGERAH KUALITI PEND.ISLAM & KECEMERLANGAN INSTITUSI PEND.AGAMA *

SYABAS dan TAHNIAH diucapkan kepada SAM RAWANG kerana telah dipilih untuk menjadi tuan rumah pada HARI KUALITI anjuran JABATAN PELAJARAN SELANGOR pada 28 September 2011 . Majlis ini berlangsung di Dewan Besar Abdul Aziz dan jamuan ringan telah diadakan di Pusat Sumber Aisyah Humaira' . Kedatangan Tuan Hj Ariffin dan Tuan Hj Wahid bin Setia selaku perasmi pada hari tersebut memeriahkan lagi sambutan HARI KUALITI 2011 . Ia turut disertai oleh pelajar SMK , SMKA , SABK dan KAA . Oleh itu , kira-kira seramai lebih kurang 500 orang pelajar dan 300 orang guru serta ibu bapa turut hadir untuk menjayakan majlis yang diadakan . Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan buat warga SAMER yang sudah bertungkus-lumus untuk menyempurnakan majlis . Segalanya bagaikan tidak dapat dibalas dengan jasa akan tetapi nama mereka tetap terpahat sebagai seorang pembantu untuk mencantikkan kawasan sekolah . Moga majlis seperti ini di bawah naungan-Nya , Insyaallah .

                                    


* SESI PENDAFTARAN *


* PASUKAN KOMPANG SEKOLAH dibawah bimbingan ustaz Abdul Hidir


* PUTERI SAMER - walaupun penat tunjuk arah , CERIA tu tetap WAJIB !

* Tuan Hj.Ariffin dan Tuan Hj Wahid berangkat untuk masuk ke D'BUAA' .

* UCAPAN KHAS Tuan Hj Ariffin *

* Tuan Hj Wahid selaku perasmi *

* Hiwar - gandingan mantap pelajar SAMBEST *

* NAHNU MINAL MUMTAZIN - Nur Aziatulliyana dan Muhd Farid bin Yahaya PELAJAR CEMERLANG PMR'10

* PELAJAR CEMERLANG SPM'10 - MUHAMMAD NASRUL HAZIM BIN HUSAIMI & NURUL ASNA HIDAYAH BT MIOR ABDUL RAHMAN *


* MUSAMMARAH (P) - Mereka pun hebat juga apa , kan ? *