Ahlan Wasahlan ! Selamat Datang ke Blog SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG. Terima Kasih atas kunjungan anda. Kunjungan anda amat bermakna buat kami :)

~Hari Anugerah Kokurikulum~

Pada 15 September yang lalu,pihak sekolah telah mengadakan Hari Anugerah Kokurikulum yang telah dirasmikan oleh YDP PIBG SAM Rawang iaitu En. Haji Subki Bin Abdul Hamid.Hari anugerah tersebut telah diadakan di Surau Darul Muttaqin berikutan dewan digunakan oleh pelajar-pelajar tingkatan 5 yang sedang menduduki peperiksaan percubaan SPM.Penyampaian anugerah telah diberikan kepada ahli-ahli terbaik kelab/persatuan, unit beruniform dan kelab permainan.Tidak lupa juga kepada para guru dan pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah dalam bidang kokurikulum dengan menghantar kontinjen SAMER bertanding seterusnya menaikkan nama sekolah dengan pencapaian yang membanggakan.Pihak sekolah juga telah memilih tokoh kokurikulum tahun 2011 iaitu lelaki,Mohd. Syazmee Bin Sapian dan perempuan ialah Nur Izzati Binti Abdul Halim.Setelah selesai majlis penyampaian anugerah tersebut,majlis diteruskan majlis penutup bulan kemerdekaan.Hadiah telah diberikan kepada para pemenang yang telah menyertai aktiviti-aktiviti yang telah diadakan di dalam bulan kemerdekaan.Tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah dan hadiah.