Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kemakmuran Negara, Masyarakat dan Negara.
Falsafah Pendidikan Islam
Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan panduan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat , alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.
Latar belakang sekolah
SAMER adalah singkatan nama bagi SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG. Ditubuhkan pada tahun 1983. Sekolah ini asalnya merupakan sebuah sekolah berasrama diurustadbir oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebelum dijadikan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) pada tahun 2006 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen Agama dan Agama. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia
Pada awal sekolah ini beroperasi, para pelajar ketika itu tinggal bersama ibu bapa angkat mereka memandangkan belum ada asrama pada ketika itu. Setahun kemudian, asrama mula dibina, namu ada kekurangan di sana sini. Biasalah tu. Oleh kerana para pelajar mula bertambah, kemudahan yang ada terhad dan perlu kepada keperluan tambahan. Tandas tambahan dan bangunan tambahan dibina. Para pelajarnya pada waktu petang terpaksa menumpang mandi di balairaya, dewan orang ramai tak kurang juga yang mengambil kesempatan mandi di sungai berdekatan. Mana-mana pelajar yang ada saudara mara bolehlah menumpang mandi di rumah saudara maranya.
Bangunan Asal
Bangunan asal sekolah ini adalah menumpang di bangunan Sekolah Rendah Agama Ibnu Khaldun. Pada bulan Oktober 1990 barulah bangunan baru siap dibina dan SAMER telah berpindah ke bangunan baru miliknya sendiri bberkeluasan 31.67 ekar di dalam daerah Gombak mukim Rawang.
Sejarah Sekolah
1983 - Ditubuhkan di Kampung Kenanga Bt. 17 Rawang dengan nama Sekolah Agama Menengah
Ibnu Khaldun.
1984 - Asrama pertama dibina menempatkan putera puteri SAMER
1987 - Kelas Perintis tingkatan 4 bermula.
1990 - Berpindah ke Batu 16, Jalan Ipoh Rawang dan diberi nama Sekolah Agama Menengah
Rawang
1995 - Perasmian Projek pecah tanah bagi pembinaan Surau SAMER oleh Y.A.B. Tan Sri
Muhammad bin Mohd Taib ( Menteri Besar Selangor ketika itu)
1999 - Perasmian penggunaan Surau dengan nama "Musolla Darul Muttaqin" pada April 1999
2000 - Kelas aliran sains tingkatan 4 bermula
2005 - Penubuhan makmal komputer dengan pembiayaan PIBG SAMER - April 2005
2006 - Proses tandatangan MoU untuk penyerapan ke bawah Kementerian Pelajaran Malaysia
Pengetua
Antara pengetua-pengetua yang pernah berkhidmat di sekolah ini adalah seperti berikut :
1. En. Safuan bin Mohamed [1984 - 1994]
2. Pn. Saadah binti Baharuddin [1995 - 1997]
3. Pn. Zamilah Amin binti Ahmad Lutfi [1998]
4. Pn. Fauziah binti Mohd Salleh [1999]
5. En. Mohd Zaki bin Rajikin [2000 - 2001]
6. En. Mohd Darail bin Omar [2001 - 2005]
7. Pn. Siti Romziah Binti Madong [2006 - 2012]
8. En. Zainul Arifien bin Mohd Jaid [2013]
8. En. Zainul Arifien bin Mohd Jaid [2013]
Visi SAMER
Sekolah Agama Menengah Rawang, SABK Unggul Penjana Generasi Terbilang
Misi SAMER
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
Moto SAMER
Berilmu Beramal Bertaqwa
Piagam Sekolah
- Mengekalkan persefahaman serta kerjasama dalam kalangan guru-guru, kakitangan, ibubapa dan pelajar.
- Guru-guru SAMER sentiasa berusaha dan bekhidmat ke arah kecemerlangan pendidikan
- Menanamkan sikap kepunyaan dan budaya penyayang dalam suasana bersih dan ceria.
- Membentuk sahsiah pelajar yang mulia, sopan santun, hormat menghormati dan bertanggungjawab.
- Memberi perkhidmatan cekap, pantas dan mesra pelanggan.
Lencana SAMER

Logo sekolah - membawa maksud warga sekolah Agama Menengah Rawang sedia berubah dalam menuntut ilmu selaras degan tututan Islam dalam mencapai kemajuan rohani dan jasmani.
Bulan dan bintang - melambangkan agama Islam sebagai agama yang didukung oleh semua warga SAMER.
Buku - sebagai satu galakan kepada pelajar SAMER agar membudayakan amalan membaca.
Padi - mendidik pelajar SAMER agar menjadi sepertinya.Resam padi iaitu semakin berisi tunduk ke bumi.
Set geometri - pula menunjukkan betapa pentingnya setiap pelajar SAMER supaya sentiasa berfikiran secara kreatif dan praktikal.
Bulan dan bintang - melambangkan agama Islam sebagai agama yang didukung oleh semua warga SAMER.
Buku - sebagai satu galakan kepada pelajar SAMER agar membudayakan amalan membaca.
Padi - mendidik pelajar SAMER agar menjadi sepertinya.Resam padi iaitu semakin berisi tunduk ke bumi.
Set geometri - pula menunjukkan betapa pentingnya setiap pelajar SAMER supaya sentiasa berfikiran secara kreatif dan praktikal.
Bendera SAMER

Bendera sekolah SAMER,merupakan simbolik kepada asas pengenalan kepada Sekolah Agama Menengah Rawang. Merupakan panji kebanggaan SAMER dan warga sekaliannya. Ia diciptakan pada tahun 2000 oleh pelajar-pelajar SAMER sendiri. Ia diberi nama "PANJI UTAMA"
Lagu Sekolah
Sekolah Agama Menengah Rawang
Harum semerbak namamu
Di sinilah kami berjuang menimba ilmu
Lagu Sekolah
Sekolah Agama Menengah Rawang
Harum semerbak namamu
Di sinilah kami berjuang menimba ilmu
Berilmu berakhlak mulia
Harapan guru dan ibubapa
Menjadi pemimpin negara
Beriman dan bertaqwa
Kami amalkan dalam kehidupan
Ilmu Allah dan sunnah Rasulullah
Untuk menjadi muslim sejati
Menegakkan syariat Ilahi
Di muka bumi ini
Untuk akhirat nanti
Ya Allah berkatilah usaha kami
Restuilah harapan ini
Harapan guru dan ibubapa
Menjadi pemimpin negara
Beriman dan bertaqwa
Kami amalkan dalam kehidupan
Ilmu Allah dan sunnah Rasulullah
Untuk menjadi muslim sejati
Menegakkan syariat Ilahi
Di muka bumi ini
Untuk akhirat nanti
Ya Allah berkatilah usaha kami
Restuilah harapan ini