Ahlan Wasahlan ! Selamat Datang ke Blog SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG. Terima Kasih atas kunjungan anda. Kunjungan anda amat bermakna buat kami :)

Keputusan PMR & SMA 2012 menjadi kebanggaan

Sekolah Agama Menengah Rawang telah berjaya menaikkan peratus markah kelulusan bagi kedua-dua peperiksaan besar iaitu Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Menengah Agama (SMA) bagi tahun 2012 . Keputusan PMR telah pun diumumkan pada 19 Disember 2012 . SAMER telah berjaya mengekalkan prestasi PMR antara yang terbaik di daerah Gombak dengan jumlah 99.4% dengan seramai :

23 orang 9A
24 orang 8A
 8 orang 7A

Untuk pepriksaan Sijil Menengah Agama pula, SAMER telah berjaya mendapat 97.8% dan sekaligus dinobatkan sebagai Sekolah Cemerlang Peringkat Negeri Selangor . SAMER telah berjaya mendapat seramai 18 orang pelajar Mumtaz, 58 orang untuk Jayyid Jiddan, 31 orang untuk Jayyid, 24 orang Maqbul dan 3 orang Rasib. Berbanding pada tahun 2011, pencapaian didalam SMA hanyalah 96.1% dengan menerima 25 orang Mumtaz, 63 orang Jayyid Jiddan , 26 orang jayyid, 10 orang maqbul dan 5 orang rasib . Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pendidik SAMER yang telah berjaya menaikkan peratus SMA bagi tahun 2012 !

Untuk pengetahuan semua, silibus SMA dan bukunya telah diperbaharui pada tahun 2012. Ini bermakna, pelajar tingkatan 4 pada tahun itu adalah jentera yang pertama yang menduduki peperiksaan SMA dalam silibus yang baharu. Mungkin kebanyakan pelajar akan merungut kerana buku yang diguna pakai setelah diperbaharui adalah lebih tebal dan tidak seperti yang sebelumnya. Namun, jentera pertama dan guru-guru SAMER telah membuktikan bahawa tiada halangan sama ada silibus dinaik taraf mahupun buku ditebalkan. Nah, kejayaan telah pun ditempa ! Semoga SAMER akan terus maju dipersada Negeri Selangor. Tahniah buat guru-guru yang telah bertungkus-lumus didalam peperiksaan SMA dan PMR bagi tahun 2012 ! 

Sijil bagi SMA

Pelajar Mumtaz