Ahlan Wasahlan ! Selamat Datang ke Blog SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG. Terima Kasih atas kunjungan anda. Kunjungan anda amat bermakna buat kami :)

TAMRIN NUQABA' 2012

Pada 13 - 15 JANUARI 2012 telah berlangsungnya Tamrin Nuqaba' pada peringkat sekolah . Tamrin ini telah disertai oleh pelajar tingkatan 3 , 4 dan 5 yang amat berbakat untuk mengendalikan sebuah usrah . Tamrin ini juga dibantu oleh barisan fasilitator yang diketuai oleh Fauzan dan Syuhada Zainuddin . Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk mencungkil bakat - bakat nuqaba' SAMER seperti mengambil bahagian dalam LDK dan selapas itu mereka akan membentangkannya dihadapan dengan pelbagai cara . Syabas dan tahniah diucapkan kepada para guru - guru , Nuqaba' SAMER mahupun barisan fasilitator kerana telah menjayakan program Tamrin Nuqaba' pada tahun 2012 . Tahniah juga buat Harissuddin bin Zaherman dan Nurul Nabila bt Jasmin yang telah dinobatkan sebagai Nuqaba' terbaik . Ucapan ribuan terima kasih kepada Muhd Ridhwan dan Nurul Umira selaku khalif dan khalifah sewaktu Tamrin Nuqaba' dijalankan . Semoga barisan - barisan Nuqaba' SAMER pada tahun 2012 akan lebih bersemangat , berdedikasi dan mampu menjadi barisan Nuqaba' yang dihormati dan disegani para pelajar serta mampu untuk membentuk sebuah usrah yang didirikan di atas landasan iman dan islam .