SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H
SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG
Pada 17 Februari 2011,Sekolah Agama Menengah Rawang (SAMER) telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah dengan penuh gilang-gemilangnya yang bertemakan ''Rasulullah Penjana Kecemerlangan Ummah''. Sambutan dimulakan dengan perarakan daripada semua pelajar dan guru-guru SAMER beserta alunan selawat dan sepanduk-sepanduk indah yang disediakan sendiri oleh para pelajar. Kemudian, sambutan diserikan lagi dengan persembahan pelajar, bercerita kisah nabi oleh seorang pelajar perempuan tingkatan 1 dan nasyid daripada wakil pelajar lelaki . Sambutan diteruskan dengan ceramah maulidur rasul yang disampaikan oleh penceramah jemputan. Akhir sekali, masa yang ditunggu-tunggu oleh pelajar-pelajar SAMER, iaitu penyampaian hadiah kepada pemenang perarakan terbaik :
johan - tingkatan 4
naib johan - tingkatan 2
tempat ke-3 - tingkatan 3
Sambutan Maulidur Rasul 2011 berjalan dengan lancar dan kemas atas kerjasama serta komitmen penuh dari semua pihak. Diharapkan Sambutan Maulidur Rasul pada tahun-tahun akan datang lebih meriah dan memberi kesan mendalam kepada semua warga SAMER khususnya.
 |
tingkatan 5 (L) |
 |
tingkatan 4 (L) |
 |
tingkatan 3 (L) |
 |
tingkatan 2 (L) |
 |
tingkatan 1 (L) |
 |
tingkatan 5 (P) |
 |
tingkatan 4 (P) |
 |
tingkatan 3 (P) |
 |
tingkatan 2 (P) |
 |
tingkatan 1 (P) |