Pada 26 Januari bersamaan hari jumaat,telah diadakan sebuah perhimpunan khas bagi menjayakan Pelancaran Program Usrah peringkat Sekolah 2010.Usrah sekolah akan dilaksanakn secara mingguan pada setiap hari Jumaat dan akan diselangselikan dengan program Mentor Mentee anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SAMER. Usrah sekolah akan dibahagikan kepada 4 Kategori iaitu :
Usrah Guru Lelaki
Usrah Guru Perempuan
Usrah Pelajar Lelaki
Usrah Pelajar Perempuan
Majlis pelancaran dimulakan dengan simbolik penyerahan Al-Quran yang dijayakan oleh Pengetua SAMER, Pn. Siti Romziah bt Madong. Majlis diteruskan dengan bacaan surah Al-Fath,ayat 1-10 oleh Ustaz Mohd Afifi b. Ghazali. Akhirnya majlis ditamatkan dengan simbolik penyerahan Fail Nuqaba kepada wakil nuqaba dari setiap kategori.