Setelah hampir seminggu para pelajar bercuti , kini tibalah masa untuk pulang semula ke sekolah . Keputusan ujian percubaan 1 juga akan dikeluarkan . Para pelajar mungkin sudah tidak sabar menunggu keputusan mereka . Almklumlah , setelah berusaha berhempas - pulas selama lebih kurang seminggu untuk peperiksaan tersebut , mereka sudah tentu ingin melihat hasilnya . Mungkin ada yang akan menangis kegembiraan dan mungkin juga yang akan menangis kekecewaan . Tidak dilupakan , keputusan SPM juga akan dikeluarkan pada 23 MAC 2011 ini . Para pelajar tingkatan 5 2010 tentunya , akan mengalami simptom-simptom yang akan membuatkan mereka tidak lalu makan , mandi juga tidak basah dan tidur juga mungkin tidak lena .Warga SAMER tentunya akan mendoakan kajian kalian semua , Insyaallah ! Semoga kalian akan menangis kesyukuran di atas kejayaan pada hari itu nanti . Ingat , selagi keputusan peperiksaan tidak sampai ke tangan kita , selagi itulah,kita masih punya peluang untuk terus bermohon kepada Allah s.w.t . Doa itukan senjata orang mukmin . Bagi warga SAMER , SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH dan SELAMAT BERTUGAS !
Memaparkan catatan dengan label sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sekolah. Papar semua catatan
SAMER Berwajah Baru
SAMER kini sedikit demi sedikit telah mengalami perubahan fizikalnya. Yang terbaru di SAMER, semua bumbung yang retak dan pecah telah digantikan dengan yang baru. Projek pengubahsuaian ini adalah sumbangan Kementerian Pendidikan di bawah Rancangan Malaysia ke-9. Dinding-dinding di blok A dan Blok B, Surau dan asrama telah diserikan dengan mural dan kaligrafi yang cantik dan berilmu. Tahniah SAMER dan pentadbirnya kerana telah mengubah wajah SAMER menjadi yang lebih baik dan terkini. Alhamdulillah.






SAMER Kini WiFi
SAMER kini telah mengorak selangkah kehadapan dengan kemudahan wifi@samer. Projek ini telah disumbangkan oleh Persatuan Ibubapa dan Guru SAMER melalui peruntukan PIBG. Kini SAMER tidak lagi ketinggalan terutama dalam pencarian maklumat maya melalui internet. Kerja-kerja pengubahsuaian dan penyambungan teknikal telah diusahakan bersama unit ICT sekolah dan bekas pelajar SAMER iaitu Abdul Muin bin Mukhni yang banyak membantu unit ict dalam menjayakan projek ict pada tahun ini.
Kepada para pelajar SAMER gunakan teknologi dengan sebaik mungkin.
Kepada para pelajar SAMER gunakan teknologi dengan sebaik mungkin.
Langgan:
Ulasan (Atom)
