Ahlan Wasahlan ! Selamat Datang ke Blog SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG. Terima Kasih atas kunjungan anda. Kunjungan anda amat bermakna buat kami :)

Keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Agama 2011

Keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Agama 2011akan diumumkan esok di sekolah masing-masing. Kepada semua calon boleh mendapatkan keputusan anda di Unit Akademik esok bermula jam 10.00 pagi di Dewan Umar Abdul Aziz. 
MAKLUMAT PERALATAN ICT DAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2012
Dengan segala hormatnya bahawa saya telah diarah menarik perhatian Y. Bhg. Datuk/Dato’/tuan/puan mengenai perkara di atas.
2.         Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) memerlukan maklumat mengenai peralatan ICT (yang didaftarkan bawah Daftar Harta Modal) bagi tahun 2012 bagi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
3.         Sehubungan dengan itu, Y. Bhg. Datuk/Dato’/tuan/puan hendaklah mengemukakan maklumat berkenaan mengikut format (Borang Maklumat Peralatan ICT SABK 2012) yang dilampirkan di sini. Bagi tujuan tersebut, pihak Y. Bhg. Datuk/Dato’/tuan/puan adalah dipohon bagi mengemukakan maklumat berkenaan kepada Cik Nur Ahada binti Kamaruddin melalui emel ahada.kamaruddin@moe.gov.my dan faks di talian 03-8321 7201 / 7312 selewat-lewatnya pada 27 Januari 2012.
4.         Segala perhatian dan kerjasama Y. Bhg. Datuk/Dato’/tuan/puan berikan dalam hal ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.

BAHAN MTQSS 2012