Ahlan Wasahlan ! Selamat Datang ke Blog SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG. Terima Kasih atas kunjungan anda. Kunjungan anda amat bermakna buat kami :)

Easy Add Math

   Siapa kata subjek Matematik Tambahan itu subjek paling sukar ? Kini, ayat negatif sebegitu tidak lagi wujud dalam kalangan pelajar-pelajar di SAM Rawang. Pada 5 dan 6 Mei yang lepas, telah berlangsung seminar 'Easy Add Math' bagi pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 yang mengambil subjek Matematik Tambahan di SAM Rawang. Seminar tersebut bertujuan untuk memberi teknik-teknik mudah untuk menyelesaikan pengiraan-pengiraan yang terdapat di dalam subjek Matematik Tambahan.
   Bagi menjayakan seminar ini, pihak SAM Rawang telah menjemput wakil dari EasyMathsCentre untuk menyampaikan seminar tersebut. Dua orang wakil yang dihantar ialah Cikgu Azam dan Cikgu Sallehun. Seminar ini merupakan seminar yang amat disukai pelajar. Ini kerana, kedua-dua guru tersebut sentiasa menyelitkan unsur jenaka dalam sesi pembelajaran mereka supaya setiap pelajar tidak berasa bosan dan ngantuk.
   Nyata, seminar ini berjalan dengan lancar dan berjaya. Pelajar-pelajar SAM Rawang kini mampu menyelesaikan pengiraan dengan mudah, cepat dan tepat. Diharap program ini dapat dijalankan pada tahun-tahun yang akan datang.